Sunday, 13 May 2012


Adakah anda seorang yang menyukai sesuatu yang menarik seperti saya?
Jom terokai keindahan panorama alam bersama saya di,TAMAN TAMADUN ISLAM,PULAU WAN MAN,KUALA TERENGGANU,MALAYSIA… 






Masjid Kristal adalah sebuah masjid di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Masjid ini terletak di Taman Warisan Islam di Pulau Wan Man. Masjid ini telah  dibina antara 2006 dan 2008. Ia telah dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 oleh ke-13 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.





Terdapat pelbagai monumen-monumen masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam ini, dan ia adalah salah satu daripada tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini bukan sahaja pelancong yang beragama islam malahan juga mereka yang berlainan agama juga boleh berkunjung ke sini.


Pada cuti semester  yang lepas saya telah berkesempatan untuk melihat dan menghayati sendiri  keindahan Taman Tamadun Islam yang  indah dengan masjid yang dibina terutama Masjid kristal yang tersergam indah.

Kedudukannya yang  berada di dalam sungai menjadikan  panoramanya  lebih cantik kerana  terapung di dalam air, antara tarikan utama masjid ini adalah reka bentiknya yang unik dan warnanya yang menarik  menjadikan ia lebih berkualiti dan nampak mewah.
Selain itu, saya juga tidak melepaskan  peluang untuk menunaikan solat asar di dalamnya , selain di lengkapi dengan peralatan solat yang cukup seperti  kain sembahyang yang bersih, masjid ini juga menyediakan tempat wuduk yang selesa dan mempunyai tandas yang besar dan paling penting ianya bersih dan selesa.
Terdapat juga kerusi-kerusi berdekatan  yang disediakan kepada pengunjung untuk duduk dan menghayati pemandangan  masjid, selain itu juga kedai menjual makanan dan minuman serta kelengkapan ibadah  seperti songkok, kopiah, tasbih dan al-Quran  turut dijual di kawasan perkarangan masjid.


          Saya juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan memori indah ketika berada di sana untuk di abadikan  sebagai kenangan terindah di dalam  blog ini dan untuk dikongsikan sebagai pengetahuan buat semua.
          Jadi , saya telah pergi anda pula bagaimana?






Zoo Negara
Jom jalan-jalan tengok binatang…best!!!



 Pada tahun 1957, Persatuan Pertanian Hortikultur Malaya (MAHA) membuka mini zoo. Selepas penciptaan mini zoo, idea zoo yang betul secara beransur-ansur mendapat momentum, dan kerajaan persekutuan memilih tempat di Ulu Klang, Selangor seterusnya ke sempadan Kuala Lumpur. Pada tahun-tahun 1960-an, Ulu Klang adalah kawasan hijau yang belum dibangunkan. Pada tahun 1963, Perdana Menteri pertama Malaya (kini Malaysia) YTM Tunku Abdul Rahman telah membuka zoo kepada orang ramai. Zoo Negara telah dikenali sebagai "Zoo di Jungle" kerana kehijauan yang dikelilingi kawasan.

        Zoo mengalu-alukan pengunjung juta pada Februari 14, 1966, hanya tiga tahun selepas majlis perasmian, dan menjelang tahun 1986, zoo mengalu-alukan lebih 1 juta pelawat setiap tahun.



Tapir adalah salah satu binatang yang terdapat di Zoo Negara


        Kawasan sekitarnya zoo telah diliputi dengan tumbuh-tumbuhan tebal sehingga lewat 1970-an sebagai Kuala Lumpur menjalani ledakan ekonomi. Memandangkan dekat Ulu Klang dengan Kuala Lumpur, kawasan itu dibuka untuk pembangunan secara besar-besaran sebagai kawasan perumahan terancang pada tahun 1980-an. Ia telah berkembang dari segi penduduk sejak. Pembangunan telah menyebabkan kawasan sekitar zoo dan juga meningkatkan nilai tanah di mana zoo terletak.

        Pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000, terdapat rancangan untuk memindahkan zoo ke lokasi lain di Selangor. Walau bagaimanapun, rancangan yang sebahagian besarnya tidak popular di kalangan orang ramai kerana ia dilihat sebagai usaha oleh sesetengah pemaju untuk memanfaatkan nilai tanah besar zoo. Dengan sokongan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor, Zoo Negara tidak akan dipindahkan
         Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia. Zoo Negara kini berusia 48 tahun dan telah matang ke dalam sebuah zoo terkenal di seluruh dunia. Kami mempunyai sejumlah lebih 5446 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.
 
 
Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak 5km sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, zoo telah mengubah dirinya ke zoo konsep terbuka dengan lebih 90% haiwan yang disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap yang sesuai dengan sifat. Kami sedang berusaha dalam memastikan bahawa konsep zoo lama ditukar sepenuhnya.


surau antara kemudahan yang terdapat di Zoo Negara

SURIA KLCC  macam-macam ada
Suria KLCC adalah pusat membeli-belah terulung di Malaysia, yang terletak di tapak Menara Berkembar Petronas di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Ia mempunyai kedai-kedai pada 6 tingkat, dengan penyewa utama Isetan, Parkson Grand, Penyimpanan Supermarket Dingin, Tanjong Golden Village, Mahkamah Makanan Aras Tandatangan 2 dan Marks and Spencer. "Suria" adalah perkataan Melayu asli yang berasal dari perkataan Sanskrit "Surya", yang bermaksud "cahaya matahari".



















          Ia menempatkan kedai-kedai yang kebanyakannya mewah dan bergaya seperti Aigner, Alfred Dunhill, Bally, Brioni, Burberry, Calvin Klein, Chanel, Chopard, Jurulatih, DKNY, Emilio Pucci, Emporio Armani, Ermenegildo Zegna, Fendi, Frank Muller, Giorgio Armani, Gucci, Hugo Boss, Jimmy Choo, Karen Millen, Louis Vuitton, Marc Jacobs, Miu Miu, Moschino, Paul Smith, Piaget, Prada, Rolex, Salvatore Ferragamo, Stuart Weitzman, Tod dan Versace. Terdapat juga kafe, restoran, 12 skrin panggung wayang, dewan konsert, sebuah galeri seni, dan Pusat Penemuan Sains.



selain itu, suria KLCC  juga lebih dikenali sebagai syurga  membeli belah bagi mereka yang menggilai pakaian yang berjenama sesuai dengan kemampuan dan kehendak mereka.
Di samping itu, panorama yang dihasilkan daripada sinaran lampu KLCC yang tersergam indah menjadikan kawasan ini dikunjungi oleh ramai pelancong dan menjadi salah satu tempat yang wajib dikunjungi.
Tambahan lagi, Suria KLCC juga adalah tempat yang sesuai untuk dilawati oleh pelajar-pelajar kerana terdapatnya pusat penemuan sains atau lebih dikenali dengan Petrosains, Discovery Centre Suria KLCC kerana di dalamnya terdapat pelbagai pameran berasaskan sains.



Air Terjun Batang kali

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke air terjun Batang Kali Ulu Yam Selangor Darul Ihsan. Kawasan air terjun  Batang kali sememangnya sungguh cantik dan bersih, air yang mengalir dari atas bukit  yang dihiasi dengan batu-batu besar menjadikan ia lebih menarik 



ikan bakar pastinya sedap dimakan selepas mandi
Pertama kali saya sampai ke air terjun Batang kali saya rasa terpegun dengan keindahan dan kedamaian  kawasan ini, saya dapat merasakan ketenangan dengan bunyi air yang mengalir dari atas dan kicauan bunyi burung yang menjadikan saya berada jauh dari kebisingan kota.
Selain aktiviti bermandi-manda kita juga boleh menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membuat BBQ  yang pastinya enak dimakan selepas penat bermain air.
Kami memilih air terjun ini sebagai tempat riadah kerana  disini terdapat pelbagai kemudahan seperti surau, pondok-pondok kecil serta kedai menjual makanan juga disediakan kepada pengunjung. Jadi sebagai pengunjung kami tidak perlu risau untuk melakukan ibadah walaupun berada dikawasan peranginan.





Thursday, 26 April 2012


jom hayati keindahan panorama pada waktu malam yang cantik, menarik dan mempersonakan di I City Shah Alam..

I City Shah Alam  adalah sebuah taman teknologi yang terletak di pinggir bandar Shah Alam. Pada waktu malam tempat ini mula dihidup dengan hutan yang menakjubkan seperti pokok buatan manusia yang diterangi dengan berjuta-juta lampu LED berwarna-warni.


Terdapat pelbagai jenis lampu yang dipamirkan dan dibentuk menjadi pelbagai jenis binatang seperti lembu, rama-rama, rusa dan banyak lagi. Tambah menarik kawasan i city ini di hiasi dengan pokok-pokok besar yang mengelilingi kawasan ini dan mampu mencantikkan lagi panorama malam dari jauh.

Tempat ini sesuai dilawati oleh semua peringkat umur tidak kira muda atau tua kerana keindahan lampunya yang mempersonakan mata yang melihantnya,selain itu terdapat juga  hutan lampu Snowalk yang merupakan taman salji tertutup di mana pengunjung boleh melarikan diri daripada haba tropika untuk beberapa ketika dan mengalami 5 suhu. Bagi sesetengah rakyat Malaysia yang tidak pernah melihat salji sebelum ia adalah satu pengalaman yang baru yang patut anda rasai.


Kepada ibu bapa yang belum membawa anak-anak  anda kesini, silalah berbuat demekian kerana pelbagai pengalaman boleh dirasai dan dikongsi bersama.







Pantai Bagan Lalang

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke satu tempat yang mempunyai panorama yang menarik iaitu di pantai Bagan Lalang yang terletak di daerah Sepang berdekatan dengan Lapangan Terbang antarabangsa KLIA  di negeri Selangor Darul Ihsan.
Bagang Lalang merupakan sebuah pantai yang cantik dan menarik serta mampu mententramkan jiwa bagi sesiapa yang mengunjunginya.

Selain mempunyai pemandangan yang menarik serta air yang bersih kawasan ini juga boleh dikatakan antara kawasan pantai yang sangat bersih yang dihiasi oleh pohon-pohon rendang  yang mencantikkan lagi penorama.
Di samping itu, terdapat juga deretan chelet yang dibina di dalam air sesuai bagi pengunjung yang ingin merasakan pengalaman berumah di dalam air, serta mencari kedamaian jiwa dari kesibukan kota.
Pantai Bagang Lalang juga adalah tempat rekriasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga serta kawan-kawan kerana pantainya yang cantik dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pengunjung.
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah surau, tandas awam, bilik persalinan,deretan kedai-kedai yang menjual makanan dan pakaian  serta terdapat juga restoren-restoren yang menyediakan menu istimewa seperti ikan bakar.


Pantai ini lebih menarik di waktu petang apabila air surut, pengunjung dapat merasakan pengalaman berjalan ke tengah-tengah pantai .saya juga tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama merasai pengalaman  yang berharga ini.

Jeram Linang
           
                                





Jeram Linang merupakan salah satu kawasan rekreasi  hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar.


Mengikut sejarah, Jeram Linang merupakan antara kawasan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jertih Terengganu
.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti menyediakan tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan bagi keselesaan pengunjung.

Di samping itu, Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang  ini terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh melalui jalan Pasir Puteh - Machang dan 15 kilometer dari Bandar Machang melalui jalan Machang - Wakaf Linchong.
Jerang Linang ini adalah tempat rekreasi yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu khususnya bagi mereka yang berada di kelantan.

kepada mereka yang berdekatan bolehlah mengambil peluang ini untuk beriadah bersama keluarga di jeram Linang.

Monday, 16 April 2012


ASSALAMUALAIKUM....
SALAM SATU MALAYSIA.....

Saya ingin berkongsi salah satu lagi panorama menarik yang mungkin ramai di kalangan anda tidak tahu akan kewujudannya...

Tahukah anda tentang kewujudan Bukit Puteri??????????

Sebenarnya Bukit Puteri adalah salah satu bukit yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia iaitu di kuala terengganu,Terengganu Darul Iman. ia terletak berseblahan dengan Istana Maziah dan bertentangan dengan restoren terapung serta berada di belakang Bazar Warisan.
Bukit Puteri merupakan tempat bersejarah di mana di atasnya terdapat kubu yang mempamirkan meriam beranak.mengikut sejarah meriam ini di namakan meriam beranak kerana kedudukannya berdekatan antara satu sama lain dan mempunyai ukuran yang berbeza. meriam yang berukuran besar dikatakan ibu kepada meriam yang berukuran kecil.

selain itu di dalam kubu itu juga terdapat rumah api yang bertujuan menjadi jalan dan panduan kepada nelayan-nelayan dan pelaut-pelaut memasuki pelabuhan Kuala Terangganu. Rumah api ini  tingginya berukuran  10 miter. ia juga dikenali sebagai "Tanda Kuala Negeri" kerana peranannya yang begitu penting kepada pelaut-pelaut dan nelayan-nelayan pada masa dahulu.
Di samping itu juga, di atas Bukit Puteri ini juga terdapat pameran Lubang Ubat Bedil, lubang ini terletak di belakang Singgahsana. Antara peranan lubang ini ialah tempat menyimpan ubat bedil yang digunakan semasa berlaku peperangan saudara pada tahun 1831 dan 1839.
Terdapat juga singgahsana yang dibina oleh Baginda Sultan Umar sebagai tempat baginda bersemayam bagi membincangkan pelbagai strategi dengan pembesar-pembesar.
 selain dari peralatan  sejarah yang dipamirkan, anda juga dapat melihat pemandangan kawasan sekitarnya dari atas Bukit Puteri seperti Istana Maziah, Pasar Payan, Bazar Warisan serta pemandangan pantai yang mendamaikan dan mententeramkan jiwa bagi sesiapa yang melihatnya.
Tempat ini amat sesuai bagi sesiapa yang suka kepada sejarah dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur terutama kepada pelajar. untuk menaiki bukit ini, anda akan dikenakan caj tiket sebanyak rm 1 seorang.
kepada anda yang mungkin akan ke Terangganu @ yang berada di Terangganu bolehlah berkunjung ke  Bukit Puteri pasti Tidak rugi........

menarik pandangan pantai dari atas Bukit puteri













Monday, 2 April 2012

Pulau Tioman



Tahukah anda?



   Pulau Tioman adalah sebuah pulau kecil yang terletak 32 km di luar pantai timur Semenanjung Malaysia di negeri Pahang, dan adalah kira-kira 39 km panjang dan 12 km lebar. Ia mempunyai lapan kampung utama, yang terbesar dan paling ramai penduduk ialah Kampung Tekek di utara. Pulau hutan padat jarang didiami, dan dikelilingi oleh pelbagai terumbu karang, menjadikannya tempat menyelam skuba yang popular.

  Terdapat juga banyak resort dan chalet di sekitar pulau yang mempunyai status bebas cukai.
Pantai yang telah digambarkan dalam filem 1958, Pasifik Selatan sebagai Bali Hai. Pada tahun 1970-an, Majalah TIME memilih Tioman sebagai salah satu daripada pulau-pulau paling cantik di dunia.

 
Selain daripada pelbagai hidupan laut, kawasan pedalaman hutan hujan, merangkumi lebih kurang 12.383 hektar, di Tioman merupakan sebuah kawasan rezab alam semulajadi dikuatkuasakan dengan tegas.
  

Selain itu, terdapt juga beberapa spesies dilindungi mamalia di pulau ini, ia termasuk  Binturong, beruk Long-Tailed, Kongkang, Black Squirrel Giant, Giant Merah Flying Squirrel, rusa Tetikus, Brush-tailed Porcupine, dan Common Palm Civet, dari sejumlah 45 spesies mamalia dan 138 spesis burung, termasuk Frigatebird megah. Selain itu, Tioman mempunyai spesies yang endemik ke negara. Penyu berkulit lembut dan ikan keli  Tioman kedua-duanya adalah unik dan dapat dilihat pada lapisan hutan hujan.