Monday, 16 April 2012


ASSALAMUALAIKUM....
SALAM SATU MALAYSIA.....

Saya ingin berkongsi salah satu lagi panorama menarik yang mungkin ramai di kalangan anda tidak tahu akan kewujudannya...

Tahukah anda tentang kewujudan Bukit Puteri??????????

Sebenarnya Bukit Puteri adalah salah satu bukit yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia iaitu di kuala terengganu,Terengganu Darul Iman. ia terletak berseblahan dengan Istana Maziah dan bertentangan dengan restoren terapung serta berada di belakang Bazar Warisan.
Bukit Puteri merupakan tempat bersejarah di mana di atasnya terdapat kubu yang mempamirkan meriam beranak.mengikut sejarah meriam ini di namakan meriam beranak kerana kedudukannya berdekatan antara satu sama lain dan mempunyai ukuran yang berbeza. meriam yang berukuran besar dikatakan ibu kepada meriam yang berukuran kecil.

selain itu di dalam kubu itu juga terdapat rumah api yang bertujuan menjadi jalan dan panduan kepada nelayan-nelayan dan pelaut-pelaut memasuki pelabuhan Kuala Terangganu. Rumah api ini  tingginya berukuran  10 miter. ia juga dikenali sebagai "Tanda Kuala Negeri" kerana peranannya yang begitu penting kepada pelaut-pelaut dan nelayan-nelayan pada masa dahulu.
Di samping itu juga, di atas Bukit Puteri ini juga terdapat pameran Lubang Ubat Bedil, lubang ini terletak di belakang Singgahsana. Antara peranan lubang ini ialah tempat menyimpan ubat bedil yang digunakan semasa berlaku peperangan saudara pada tahun 1831 dan 1839.
Terdapat juga singgahsana yang dibina oleh Baginda Sultan Umar sebagai tempat baginda bersemayam bagi membincangkan pelbagai strategi dengan pembesar-pembesar.
 selain dari peralatan  sejarah yang dipamirkan, anda juga dapat melihat pemandangan kawasan sekitarnya dari atas Bukit Puteri seperti Istana Maziah, Pasar Payan, Bazar Warisan serta pemandangan pantai yang mendamaikan dan mententeramkan jiwa bagi sesiapa yang melihatnya.
Tempat ini amat sesuai bagi sesiapa yang suka kepada sejarah dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur terutama kepada pelajar. untuk menaiki bukit ini, anda akan dikenakan caj tiket sebanyak rm 1 seorang.
kepada anda yang mungkin akan ke Terangganu @ yang berada di Terangganu bolehlah berkunjung ke  Bukit Puteri pasti Tidak rugi........

menarik pandangan pantai dari atas Bukit puteri













1 comment: