Thursday, 26 April 2012



Pantai Bagan Lalang

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke satu tempat yang mempunyai panorama yang menarik iaitu di pantai Bagan Lalang yang terletak di daerah Sepang berdekatan dengan Lapangan Terbang antarabangsa KLIA  di negeri Selangor Darul Ihsan.
Bagang Lalang merupakan sebuah pantai yang cantik dan menarik serta mampu mententramkan jiwa bagi sesiapa yang mengunjunginya.

Selain mempunyai pemandangan yang menarik serta air yang bersih kawasan ini juga boleh dikatakan antara kawasan pantai yang sangat bersih yang dihiasi oleh pohon-pohon rendang  yang mencantikkan lagi penorama.
Di samping itu, terdapat juga deretan chelet yang dibina di dalam air sesuai bagi pengunjung yang ingin merasakan pengalaman berumah di dalam air, serta mencari kedamaian jiwa dari kesibukan kota.
Pantai Bagang Lalang juga adalah tempat rekriasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga serta kawan-kawan kerana pantainya yang cantik dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pengunjung.
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah surau, tandas awam, bilik persalinan,deretan kedai-kedai yang menjual makanan dan pakaian  serta terdapat juga restoren-restoren yang menyediakan menu istimewa seperti ikan bakar.


Pantai ini lebih menarik di waktu petang apabila air surut, pengunjung dapat merasakan pengalaman berjalan ke tengah-tengah pantai .saya juga tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama merasai pengalaman  yang berharga ini.

No comments:

Post a Comment