Thursday 26 April 2012


jom hayati keindahan panorama pada waktu malam yang cantik, menarik dan mempersonakan di I City Shah Alam..

I City Shah Alam  adalah sebuah taman teknologi yang terletak di pinggir bandar Shah Alam. Pada waktu malam tempat ini mula dihidup dengan hutan yang menakjubkan seperti pokok buatan manusia yang diterangi dengan berjuta-juta lampu LED berwarna-warni.


Terdapat pelbagai jenis lampu yang dipamirkan dan dibentuk menjadi pelbagai jenis binatang seperti lembu, rama-rama, rusa dan banyak lagi. Tambah menarik kawasan i city ini di hiasi dengan pokok-pokok besar yang mengelilingi kawasan ini dan mampu mencantikkan lagi panorama malam dari jauh.

Tempat ini sesuai dilawati oleh semua peringkat umur tidak kira muda atau tua kerana keindahan lampunya yang mempersonakan mata yang melihantnya,selain itu terdapat juga  hutan lampu Snowalk yang merupakan taman salji tertutup di mana pengunjung boleh melarikan diri daripada haba tropika untuk beberapa ketika dan mengalami 5 suhu. Bagi sesetengah rakyat Malaysia yang tidak pernah melihat salji sebelum ia adalah satu pengalaman yang baru yang patut anda rasai.


Kepada ibu bapa yang belum membawa anak-anak  anda kesini, silalah berbuat demekian kerana pelbagai pengalaman boleh dirasai dan dikongsi bersama.





No comments:

Post a Comment