Sunday, 13 May 2012



Air Terjun Batang kali

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke air terjun Batang Kali Ulu Yam Selangor Darul Ihsan. Kawasan air terjun  Batang kali sememangnya sungguh cantik dan bersih, air yang mengalir dari atas bukit  yang dihiasi dengan batu-batu besar menjadikan ia lebih menarik 



ikan bakar pastinya sedap dimakan selepas mandi
Pertama kali saya sampai ke air terjun Batang kali saya rasa terpegun dengan keindahan dan kedamaian  kawasan ini, saya dapat merasakan ketenangan dengan bunyi air yang mengalir dari atas dan kicauan bunyi burung yang menjadikan saya berada jauh dari kebisingan kota.
Selain aktiviti bermandi-manda kita juga boleh menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membuat BBQ  yang pastinya enak dimakan selepas penat bermain air.
Kami memilih air terjun ini sebagai tempat riadah kerana  disini terdapat pelbagai kemudahan seperti surau, pondok-pondok kecil serta kedai menjual makanan juga disediakan kepada pengunjung. Jadi sebagai pengunjung kami tidak perlu risau untuk melakukan ibadah walaupun berada dikawasan peranginan.





No comments:

Post a Comment