Adakah anda seorang yang menyukai sesuatu yang menarik
seperti saya?
Jom terokai keindahan panorama alam bersama saya
di,TAMAN TAMADUN ISLAM,PULAU WAN MAN,KUALA TERENGGANU,MALAYSIA…
Masjid Kristal adalah
sebuah masjid di Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia. Masjid ini
terletak di Taman Warisan Islam di Pulau Wan
Man. Masjid ini
telah dibina antara
2006 dan 2008. Ia telah dibuka
secara rasmi pada 8 Februari
2008 oleh ke-13
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.
Terdapat pelbagai monumen-monumen
masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam ini, dan ia adalah salah satu
daripada tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini bukan sahaja pelancong yang
beragama islam malahan juga mereka yang berlainan agama juga boleh berkunjung
ke sini.
Pada cuti semester yang lepas saya telah berkesempatan untuk
melihat dan menghayati sendiri keindahan
Taman Tamadun Islam yang indah dengan
masjid yang dibina terutama Masjid kristal yang tersergam indah.
Kedudukannya yang berada di dalam sungai menjadikan panoramanya
lebih cantik kerana terapung di
dalam air, antara tarikan utama masjid ini adalah reka bentiknya yang unik dan
warnanya yang menarik menjadikan ia
lebih berkualiti dan nampak mewah.
Selain itu, saya juga tidak
melepaskan peluang untuk menunaikan
solat asar di dalamnya , selain di lengkapi dengan peralatan solat yang cukup
seperti kain sembahyang yang bersih,
masjid ini juga menyediakan tempat wuduk yang selesa dan mempunyai tandas yang
besar dan paling penting ianya bersih dan selesa.
Terdapat juga kerusi-kerusi
berdekatan yang disediakan kepada
pengunjung untuk duduk dan menghayati pemandangan masjid, selain itu juga kedai menjual makanan
dan minuman serta kelengkapan ibadah
seperti songkok, kopiah, tasbih dan al-Quran turut dijual di kawasan perkarangan masjid.
Saya juga
tidak melepaskan peluang untuk merakamkan memori indah ketika berada di sana
untuk di abadikan sebagai kenangan
terindah di dalam blog ini dan untuk
dikongsikan sebagai pengetahuan buat semua.
Jadi , saya
telah pergi anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment