Thursday, 26 April 2012


jom hayati keindahan panorama pada waktu malam yang cantik, menarik dan mempersonakan di I City Shah Alam..

I City Shah Alam  adalah sebuah taman teknologi yang terletak di pinggir bandar Shah Alam. Pada waktu malam tempat ini mula dihidup dengan hutan yang menakjubkan seperti pokok buatan manusia yang diterangi dengan berjuta-juta lampu LED berwarna-warni.


Terdapat pelbagai jenis lampu yang dipamirkan dan dibentuk menjadi pelbagai jenis binatang seperti lembu, rama-rama, rusa dan banyak lagi. Tambah menarik kawasan i city ini di hiasi dengan pokok-pokok besar yang mengelilingi kawasan ini dan mampu mencantikkan lagi panorama malam dari jauh.

Tempat ini sesuai dilawati oleh semua peringkat umur tidak kira muda atau tua kerana keindahan lampunya yang mempersonakan mata yang melihantnya,selain itu terdapat juga  hutan lampu Snowalk yang merupakan taman salji tertutup di mana pengunjung boleh melarikan diri daripada haba tropika untuk beberapa ketika dan mengalami 5 suhu. Bagi sesetengah rakyat Malaysia yang tidak pernah melihat salji sebelum ia adalah satu pengalaman yang baru yang patut anda rasai.


Kepada ibu bapa yang belum membawa anak-anak  anda kesini, silalah berbuat demekian kerana pelbagai pengalaman boleh dirasai dan dikongsi bersama.







Pantai Bagan Lalang

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke satu tempat yang mempunyai panorama yang menarik iaitu di pantai Bagan Lalang yang terletak di daerah Sepang berdekatan dengan Lapangan Terbang antarabangsa KLIA  di negeri Selangor Darul Ihsan.
Bagang Lalang merupakan sebuah pantai yang cantik dan menarik serta mampu mententramkan jiwa bagi sesiapa yang mengunjunginya.

Selain mempunyai pemandangan yang menarik serta air yang bersih kawasan ini juga boleh dikatakan antara kawasan pantai yang sangat bersih yang dihiasi oleh pohon-pohon rendang  yang mencantikkan lagi penorama.
Di samping itu, terdapat juga deretan chelet yang dibina di dalam air sesuai bagi pengunjung yang ingin merasakan pengalaman berumah di dalam air, serta mencari kedamaian jiwa dari kesibukan kota.
Pantai Bagang Lalang juga adalah tempat rekriasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga serta kawan-kawan kerana pantainya yang cantik dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pengunjung.
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah surau, tandas awam, bilik persalinan,deretan kedai-kedai yang menjual makanan dan pakaian  serta terdapat juga restoren-restoren yang menyediakan menu istimewa seperti ikan bakar.


Pantai ini lebih menarik di waktu petang apabila air surut, pengunjung dapat merasakan pengalaman berjalan ke tengah-tengah pantai .saya juga tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama merasai pengalaman  yang berharga ini.

Jeram Linang
           
                                





Jeram Linang merupakan salah satu kawasan rekreasi  hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar.


Mengikut sejarah, Jeram Linang merupakan antara kawasan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jertih Terengganu
.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti menyediakan tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan bagi keselesaan pengunjung.

Di samping itu, Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang  ini terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh melalui jalan Pasir Puteh - Machang dan 15 kilometer dari Bandar Machang melalui jalan Machang - Wakaf Linchong.
Jerang Linang ini adalah tempat rekreasi yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu khususnya bagi mereka yang berada di kelantan.

kepada mereka yang berdekatan bolehlah mengambil peluang ini untuk beriadah bersama keluarga di jeram Linang.

Monday, 16 April 2012


ASSALAMUALAIKUM....
SALAM SATU MALAYSIA.....

Saya ingin berkongsi salah satu lagi panorama menarik yang mungkin ramai di kalangan anda tidak tahu akan kewujudannya...

Tahukah anda tentang kewujudan Bukit Puteri??????????

Sebenarnya Bukit Puteri adalah salah satu bukit yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia iaitu di kuala terengganu,Terengganu Darul Iman. ia terletak berseblahan dengan Istana Maziah dan bertentangan dengan restoren terapung serta berada di belakang Bazar Warisan.
Bukit Puteri merupakan tempat bersejarah di mana di atasnya terdapat kubu yang mempamirkan meriam beranak.mengikut sejarah meriam ini di namakan meriam beranak kerana kedudukannya berdekatan antara satu sama lain dan mempunyai ukuran yang berbeza. meriam yang berukuran besar dikatakan ibu kepada meriam yang berukuran kecil.

selain itu di dalam kubu itu juga terdapat rumah api yang bertujuan menjadi jalan dan panduan kepada nelayan-nelayan dan pelaut-pelaut memasuki pelabuhan Kuala Terangganu. Rumah api ini  tingginya berukuran  10 miter. ia juga dikenali sebagai "Tanda Kuala Negeri" kerana peranannya yang begitu penting kepada pelaut-pelaut dan nelayan-nelayan pada masa dahulu.
Di samping itu juga, di atas Bukit Puteri ini juga terdapat pameran Lubang Ubat Bedil, lubang ini terletak di belakang Singgahsana. Antara peranan lubang ini ialah tempat menyimpan ubat bedil yang digunakan semasa berlaku peperangan saudara pada tahun 1831 dan 1839.
Terdapat juga singgahsana yang dibina oleh Baginda Sultan Umar sebagai tempat baginda bersemayam bagi membincangkan pelbagai strategi dengan pembesar-pembesar.
 selain dari peralatan  sejarah yang dipamirkan, anda juga dapat melihat pemandangan kawasan sekitarnya dari atas Bukit Puteri seperti Istana Maziah, Pasar Payan, Bazar Warisan serta pemandangan pantai yang mendamaikan dan mententeramkan jiwa bagi sesiapa yang melihatnya.
Tempat ini amat sesuai bagi sesiapa yang suka kepada sejarah dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur terutama kepada pelajar. untuk menaiki bukit ini, anda akan dikenakan caj tiket sebanyak rm 1 seorang.
kepada anda yang mungkin akan ke Terangganu @ yang berada di Terangganu bolehlah berkunjung ke  Bukit Puteri pasti Tidak rugi........

menarik pandangan pantai dari atas Bukit puteri













Monday, 2 April 2012

Pulau Tioman



Tahukah anda?



   Pulau Tioman adalah sebuah pulau kecil yang terletak 32 km di luar pantai timur Semenanjung Malaysia di negeri Pahang, dan adalah kira-kira 39 km panjang dan 12 km lebar. Ia mempunyai lapan kampung utama, yang terbesar dan paling ramai penduduk ialah Kampung Tekek di utara. Pulau hutan padat jarang didiami, dan dikelilingi oleh pelbagai terumbu karang, menjadikannya tempat menyelam skuba yang popular.

  Terdapat juga banyak resort dan chalet di sekitar pulau yang mempunyai status bebas cukai.
Pantai yang telah digambarkan dalam filem 1958, Pasifik Selatan sebagai Bali Hai. Pada tahun 1970-an, Majalah TIME memilih Tioman sebagai salah satu daripada pulau-pulau paling cantik di dunia.

 
Selain daripada pelbagai hidupan laut, kawasan pedalaman hutan hujan, merangkumi lebih kurang 12.383 hektar, di Tioman merupakan sebuah kawasan rezab alam semulajadi dikuatkuasakan dengan tegas.
  

Selain itu, terdapt juga beberapa spesies dilindungi mamalia di pulau ini, ia termasuk  Binturong, beruk Long-Tailed, Kongkang, Black Squirrel Giant, Giant Merah Flying Squirrel, rusa Tetikus, Brush-tailed Porcupine, dan Common Palm Civet, dari sejumlah 45 spesies mamalia dan 138 spesis burung, termasuk Frigatebird megah. Selain itu, Tioman mempunyai spesies yang endemik ke negara. Penyu berkulit lembut dan ikan keli  Tioman kedua-duanya adalah unik dan dapat dilihat pada lapisan hutan hujan.